BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 8 August 2011

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN


Sesi Kaunseling Individu

Sesi Kaunseling Individu merupakan salah  satu sesi yang perlu dijalankan kepada semua pelajar. Kebanyakkan sesi yang dijalankan meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluarga, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa, kerjaya, psikososial dan sebagainya. 


Sesi Kaunseling Kelompok

Kaunseling Kelompok diadakan antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan membentuk perubahan tingkahlaku ahli-ahli kelompok.


Jenis-jenis Kelompok.

(1) Kelompok Bimbingan.
     Contoh-contoh tajuk yg diperbincangkan: masalah sosial (bahaya dadah), pengurusan  masa, kemahiran belajar, 
     pemilihan kerjaya, persediaan peperiksaan, menjalani ujian personaliti, pengurusan stres dan sebagainya.

(2) Kelompok Kaunseling – 
     Kelompok ini diadakan antara lima hingga sepuluh orang. Berbincang sesama ahli dgn penyeliaan kaunselor.

(3) Kelompok lain – kelompok terapi, kelompok rujukan, kelompok jemputan dan sebagainya.

  
Kelebihan Kaunseling Kelompok.

(1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yg sama secara kelompok.

(2) Berkaitan dgn jenis masalah yg dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya.

(3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru dlm keadaan selamat dgn sokongan ahli-ahli lain.

(4) Klien akan merasa kurang tertekan apb mengetahui org lain juga mempunyai masalah yg sama.

Unsur-unsur terapeutik dlm kaunseling kelompok.

(1) Memberi harapan kpd klien. 
(2) 
Perasaan selamat dan mendapat sokongan. 
(3) 
Kesatuan antara ahli-ahli. 
(4)
 Mempelajari sesuatu dari ahli lain.
(5) 
Pembelajaran interpersonal (perorangan)
  

APA ITU KAUNSELING??


KAUNSELING bukan bermaksud memberi nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Namun kaunselor tidak memberi jawapan secara angsung kepada semua persoalan klien. Kerana apa yang baim untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien. Keistemewaan khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah kepada isu yang dihadapi. 

      
Oleh itu kaunseling bukan mermaksud nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka  dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. 
      
Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya bukan masalahnya. 
      
Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru  hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.

Prinsip Kaunseling

  1. Manusia mempunyai harga diri.
  2. Manusia itu unik.
  3. Manusis yang memiliki personaliti yang bersepadu juga memiliki personaliti yang sihat.
  4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.
  5. Manusia berkembang melalui proses sosialisasi.

Proses Kaunseling

  1. Menyediakan pra-sesi
  2. Membina hubungan(melayan, mendengar dan memahami)
  3. Meneroka dan menganalisis masalah
  4. Mengenalpasti masalah
  5. Membincangkan alternatif
  6. Mengambil tindakan
  7. Menamatkan sesi

Monday, 1 August 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK ALMA

Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK ALMA. Sebarang pendapat, komen, pandangan, idea, kritikan, cetusan ilham, kutukan dan seangkatan dengannya amatlah dialu-alukan.